Produk digital adalah cara paling senang untuk menjana pendapatan pasif.
Malangnya, ramai yang tak tahu apa produk nak jual. Jom saya terus terang, takde produk yang betul atau salah. Kalau saya cakap anda boleh buat RM30k sebulan dengan jual template, anda percaya tak? Mungkin kebanyakannya tak.
3 tahun lepas saya pun tak percaya (saya faham perasaan anda). Tapi kat sinilah saya dan team jana RM400k setahun yang dipanggil The Boss Asia (salah 1 syarikat saya dahulu).
Jadi hari ni, saya nak bagi anda 6 idea produk digital supaya anda boleh dapat inspirasi dan mula bina sesuatu sendiri.
Jom kita baca.
Kelas Digital
Ini adalah cara yang bagus untuk buat duit kepakaran dan berkongsi ilmu berharga anda dengan orang lain.
Dengan menukar ilmu anda kepada produk digital, anda boleh memperkasakan individu untuk belajar daripada pengalaman anda dengan mudah dan berkesan.
Sebagai contoh kelas Shopee Cookies Hack Mastery yang kami bina.
E-book
Cara ini memberi peluang yang sangat baik untuk memberi rumusan supaya boleh berkongsi pandangan, kepakaran dan ilmu berharga anda dalam format yang menarik dan mudah dibaca.
Dengan e-book, anda boleh cipta panduan komprehensif yang mendalami topik tertentu, menawarkan sumber berharga kepada pembaca untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran mereka.
Senarai Berkualiti
Mengumpul senarai sumber berharga untuk orang lain boleh jadi produk yang mudah dan cepat untuk anda bina. Daripada senarai alat penting untuk industri tertentu hingga kompilasi tweet paling inspirasi dan menarik di Twitter/X, kemungkinannya tidak terhad.
Dengan menawarkan koleksi yang disusun dengan teliti, anda boleh sediakan sumber yang mudah dan berharga yang menjimatkan masa serta usaha untuk audiens
Dalam masa sama tempatkan diri anda sebagai pakar dalam bidang tersebut.
Nampak teknik begini senang, tapi tak ramai mampu buat dengan senarai yang begitu berkualiti.
Template
Cipta template yang mudah tetapi berkuasa pada mana-mana aplikasi seperti Notion dan Canva untuk membantu orang lain meningkatkan produktiviti, organisasi, kehidupan harian dan pengurusan perniagaan mereka.
Malah template kira-kira daripada sistem Excel dan Google Sheet pun ada orang jual.
Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan mereka berjam-jam kerja sebagai ganti masa dan nilai yang anda masukkan ke dalam template tersebut.
Keahlian
Mencipta maklumat berharga yang hanya boleh diakses oleh ahli adalah cara yang bagus untuk membina komuniti yang kuat.
Dengan menawarkan kandungan eksklusif seperti tutorial mendalam, webinar langsung atau perundingan peribadi. Anda boleh memberi nilai dan sokongan berterusan kepada ahli anda, memupuk rasa kekitaan dan kesetiaan.
Terlibat secara berkala dengan komuniti anda dengan menjawab soalan mereka dan menangani keperluan mereka semakin mengukuhkan hubungan, menjadikannya situasi menang-menang untuk anda dan ahli anda.
SaaS
Jika anda tahu programming atau biasa dengan aplikasi tanpa kod, anda boleh cuba cipta perisian yang menyelesaikan satu masalah dengan sangat baik.
Ini adalah produk digital terbaik yang boleh ada tetapi ia memerlukan banyak pengalaman sebelumnya. Jadi, jika anda baru bermula, jangan buang terlalu banyak masa melainkan anda sudah tahu cara programming dan pasarkan sistem itu.
Sebagai contoh yang kami pernah buat adalah:
– theboss.asia untuk urus ejen produk jualan daripada HQ.
– blaster.my untuk WhatsApp blast.
Kata-kata akhir.
Jadi itulah dia, 6 idea produk digital, setiap satu dengan tahap kerumitan yang berbeza:
– Kursus
– E-book
– Senarai Berkualiti
– Template
– Keahlian
– SaaS
Nasihat saya adalah buat pilihan yang anda rasa paling yakin. Cuba dan lihat ke mana ia membawa anda. Sebaik sahaja anda buat jualan pertama, pemikiran anda akan berubah selama-lamanya. Yep. Anda akan excited untuk buat perkara ini lagi.
Itu sahaja buat masa ini.
Faiz Edzahar.
https://b.my/faizedzahar